Friday, September 7, 2012

MAG1C@ PERTANDINGAN PRA EIMARACE 2012 PERINGKAT IKBN

AYER KEROH, 27 April 2012 : Jentera Pasukan IKBN Chembong telah berjaya bergelar johan daripada 9 Pasukan IKBN  dalam Pertandingan Pra Eimarace anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran yang akan diadakan pada 24 hingga 27 April yang lalu di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Ayer Keroh, Melaka.

Pertandingan ini merupakan persiapkan diri bagi setiap pasukan memasuki pertandingan yang lebih mencabar iaitu Educational Innovation of Motorspots and Automotive Race (EIMARACE 2012) pada 12 hingga 16 September 2012 Di Pulau Dato' Sagor Circuit, Kg. Gajah, Perak, anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Dengan penglibatan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berkemahiran dalam bidang masing-masing, maka sudah tentu tidak  sukar untuk meraih kemenangan sekali lagi kerana pada tahun lepas jentera DT001 daripada Pasukan Dusun Tua Motorsport Development Team (DTMDT)  telah memenangi tempat kedua di Pertandingan Eimarace  2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...