Pembelajaran pelajar melalui SLDN ( Sistem Latihan Dual Nasional ) dilakukan di Syarikat MAG AUTO GARAGE Negeri Sembilan dan di Pusat Latihan Institut Kemahiran Belia Negara Chembong Negeri
Sembilan.
SLDN merupakan sebuah sistem latihan yang berorientasikan pekerjaan di mana para pelajar di latih 70-80 peratus lebih kerap di industri berbanding di institusi latihan.
Menerusi SLDN, pihak MAG AUTO GARAGE akan memberi latihan yang sebenar kepada para pelajar dengan penggunaan mesin dan prosedur ditempat kerja yang sebenar bermula di peringkat perjawatan paling rendah sebelum
meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi.
Di MAG AUTO GARAGE kami melatih mereka menggunakan ilmu yang mereka pelajari supaya mereka dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi negara dan sekaligus dapat menjana pendapatan yang lumayan di dalam industri automotif yang sebenar.....
Proses pembelajaran secara berkumpulan....
Pembahagian tugas amat penting dalam menghasilkan kerja yang kemas dan cepat
No comments:
Post a Comment