SEPANG, 23 Jun
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan inisiatif yang
diambil pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk mengembangkan
sukan permotoran dan tidak hanya mahu dikenali sebagai penganjur
perlumbaan seperti Formula Satu dan Motogp tetapi sebagai pusat sehenti
bagi acara berkaitan sukan permotoran untuk seisi keluarga dan sektor
korporat.
Usaha
ini akan membantu memperkasakan SIC dalam memberikan nilai tambah
kepada perkhidmatan mereka dan salah satu acara untuk mempromosikan
sukan permotoran di negara ini.
“Pendekatan
ini juga adalah seiring dengan usaha kerajaan menerusi Majlis Sukan
Bermotor untuk menjana pembangunan sukan bermotor di peringkat akar
umbi”, ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
ketika melancarkan litar go-kart Sepang yang diberi nafas baharu oleh
pengurusan SIC.
Katanya,
sukan permotoran di Malaysia memiliki peminatnya yang tersendiri dan
sejak kebelakangan ini kita dapat melihat pasukan Malaysia mencipta
kecemerlangan di peringkat dunia.
“Hari
ini kita berbangga kerana memiliki pasukan F1 sendiri yang bersaing
dengan pasukan terbaik dunia dalam perlumbaan paling berprestij”.
Dato’
Sri Ahmad Shabery juga percaya dengan trek yang diperbaharui dan kadar
bayaran berpatutan yang dikenakan akan menarik minat orang ramai
menceburi sukan go kart. Beliau ingin membetulkan persepsi umum yang
melihat bahawa sukan permotoran itu sebagai sukan yang mahal dan
berharap lebih ramai pelumba dapat dicungkil melalui sukan ini.
“Ramai
jaguh dunia bermula dari sukan go-kart. Nama-nama besar seperti
Fernando Alonso, Lewis Hamilton dan juara F1, Sebastian Vettel bermula
dari sukan ini’.
“Lebih
daripada itu, ada rakyat tempatan yang kini berkhidmat sebagai pegawai
teknikal dan pengurusan di beberapa pasukan luar negara yang lahir hasil
kerjasama SIC dan kerajaan”, tegasnya.
No comments:
Post a Comment