Sunday, June 10, 2012

MAG@ PENDEDAHAN BARU BUAT BELIA-BELIA FELDA DALAM PROSES MODIFIKASI SESEBUAH ENGINE...MAG1C 2012

MAG Trainee di beri pendedahan dalam penggunaan dan pemasangan performance part dalam menambahkan lagi ilmu pengatahuan dalam kemahiran automotif. Ketelitian dan kekemasan kerja amat penting dalam proses kerja modifikasi engine, sedikit kesilapan akan mendatangkan kerugian dan kerosakan pada engine. Ini akan membuatkan pelatih lebih berdisiplin dalam melakukan sebarang kerja.










Wednesday, June 6, 2012

MAG@ MOTORSPORT PENJANA EKONOMI BELIA...MAG1C 2012

Bermula dengan minat akhir nya menjadi pendapatan.... Sesetengan golongan belia pada masa kini mengaggap Motorsport hanya dari sudut perlumbaan sahaja, ini menyebab kan mereka lebih penting kan perlumbaan dan lupa pada sesebahagian kebaikan yang terdapat dalam Motorsport... Dalam Motorsport dan juga dikenali sebagai sukan permotoran, boleh menjana pendapatan sesama kita dalam pelbagai cara, ia bergantung sejauh mana kekreatifan seseorang meletakkan sukan permotoran itu pada saluran yang sebenar... MAG1C2012
 RACE . REKREASI . TEKNOLOGI . EKONOMI








Monday, June 4, 2012

MAG@ PENYAMPAIAN SAGUHATI BUAT PESERTA PIT STOP CHALLENGE DI HARI BELIA NEGARA 2012.... MBFM / MAG1C

Penyampaian Saguhati buat peserta-peserta Aktiviti Pit Stop Challenge di Hari Belia Negara 2012 yang disampaikan oleh Presiden MBFM iaitu Anuar Abdul Manaf. 
Memberi pendedahan asas dalam bentuk yang sebenar kepada belia yang menyertai aktiviti Pit Stop Challenge ini, semoga dengan sedikit ilmu dan pengalaman ini, menjadikan belia lebih yakin  dan berani dalam menghadapi kesukaran apabila dalam keadaan seorang diri....


  







Friday, June 1, 2012

MAG@ PIT STOP CHALLENGE MBFM / MAG1C DI HARI BELIA NEGARA 2012...

Aktiviti Pit Stop Challengeyang telah dilaksanakan oleh MBFM/MAG1C di HARI BELIA NEGARA  2012 ini adalah salah satu langkah dengan  memberi pendedahan awal secara praktikal kepada belia lelaki mahupon wanita.

Mungkin bukan perkara besar bagi lelaki tetapi sebaliknya buat wanita. Lumrah juga, wanita dikatakan hanya tahu memandu kereta tetapi tidak mempunyai apa-apa pengetahuan lain mengenainya, termasuk menukar tayar.


Wanita harus mengikis anggapan begini. Tidak harus jadi wanita tipikal yang hanya tahu memandu kereta dan mengharapkan suami untuk `menjaganya’ termasuk menukar tayar apabila pancit, sebaliknya sentiasa bersiap sedia menghadapi saat genting supaya tidak panik, dengan sedikit pengetahuan.

Nampak mudah.... tetapi jika ia tidak dibekal kan dengan sedikit ilmu dan pengalaman ia menjadi agak sukar untuk melakukan nya....
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...