Thursday, August 30, 2012
Monday, August 27, 2012
MAG1C@ SEIRING BERSAMA MENJANA EKONOMI...MAG2012
RACE . REKREASI . TEKNOLOGI . EKONOMI
MAG1C seiring bersama belia Malaysia dalam melahirkan belia yang berwawasan dan berdaya saing dalam apa jua bidang yang dieburi dalam menjana ekonomi Negara serta sentiasa mengambil bahagian dalam apa jua program yang melibatkan belia dalam setiap aktiviti yang pihak kerajaan anjurkan... MAG2012
Sunday, August 26, 2012
Saturday, August 25, 2012
MAG@ KEMASUKAN SESI KE-2 2012, PENDAFTARAN KINI DIBUKA....MAG TRAINEE
Wednesday, August 22, 2012
MAG@ PROSES MENGECAT LANTAI.... 5S XTVT
Persediaan dari MAG Apprentice
menjelang kemasukan pelatih pada sesi ke-2 2012, Pelbagai kelengkapan
pelajar disediakan dan kebersihan tempat kerja dititik beratkan dalam
proses pembelajaran nti.
Monday, August 13, 2012
MAG@ EIMA Race tarik perhatian TPM
MUHYIDDIN Yassin diberi taklimat oleh Mohd. Ghazali Kassim (kanan)
mengenai reka cipta kereta lumba ciptaan Pagoh Mechanical Center Racing
Development pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya IKBN Pagoh 2012 di
IKBN Pagoh, Muar, Johor, baru-baru ini.
PAGOH 29 Mei - Sebuah kereta lumba jenis cart yang
dicipta pensyarah dan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di
sini sudah sedia menyertai pertandingan inovasi di Litar Bukit Sagor,
Pasir Salak, Perak pada 13 hingga 16 September ini.
Dengan reka bentuk dan keistimewaan tersendiri, pencipta kereta
berkenaan tidak sabar menyertai pertandingan inovasi itu membabitkan
institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.
Ciptaan tersebut merupakan hasil kerjasama pensyarah bidang mekanikal
membabitkan kimpalan dan pemesinan IKBN Pagoh yang diberi nama EIMA
Race.
EIMA Race ditayang dan diuji pandu sempena Karnival Kerjaya 2012 yang
berlangsung di Dewan Karisma IKBN Pagoh di sini baru-baru ini
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut tertarik dengan EIMA
RAce dan menurunkan tandatangannya di bahagian depan kereta tersebut.
Pensyarah Jabatan Kimpalan IKBN Pagoh, Mohd. Ghazali Mohd. Daud
berkata, projek itu dimulakan pada 1 Februari lalu dengan menggabungkan
kepakaran dalam bidang mekanikal bagi menghasilkan kereta inovasi baru
yang diharapkan mampu memberi idea baru kepada pembuatan kereta.
Kata beliau, pihaknya juga mengambil peluang daripada penganjuran
karnival berkenaan untuk menarik minat golongan muda serta masyarakat
melihat sendiri hasil kerja pelajar selepas menimba pengalaman dan
pengetahuan di IKBN.
"Kita gembira apabila ramai yang berminat menyaksikan hasil kerja
kami dan berharap ia akan menarik minat pelajar terutama untuk
bersama-sama menghasilkan inovasi seperti ini," katanya.
Friday, August 10, 2012
MAG1C@ EDUCATIONAL INNOVATION OF MOTORSPORTS & AUTOMOTIVE RACE (EIMARace)
EDUCATIONAL INNOVATION OF MOTORSPORTS & AUTOMOTIVE RACE (EIMARace) merupakan program diantara institusi yang terbuka kepada Antarabangsa dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) , Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Kolej, Politeknik dan Institusi Teknikal . Ia adalah satu platform untuk pelajar-pelajar untuk menggunakan teori yang mereka pelajari dan meningkatkan kemahiran mereka dalam sektor automotif. Menyertai cabaran ini, pelajar akan membina satu prototaip kereta perlumbaan dari asas. Cabaran memberi inspirasi kepada pelajar untuk mempelajari fizik, aerodinamik, reka bentuk, pengeluaran, penjenamaan, grafik, penajaan, pemasaran, kepimpinan, kerja berpasukan, kemahiran media dan strategi kewangan, melaksanakan praktikal, imaginatif dan berdaya saing dalam cara yang menarik .
Thursday, August 9, 2012
MAG1C@ BELIA-BELIA FELDA TERUS DIBERI PELUANG DI DALAM PERLUMBAAN EIMARace 2012 DI LITAR DATO SAGOR, KG GAJAH
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur telah menjemput Belia-belia Felda (MAG TRAINEE) menyertai perlumbaan Educational Innovation of Motorspots and Automotive Race (EIMARACE 2012), yang akan diadakan di Pulau Dato' Sagor Circuit, Kg. Gajah, Perak tidak lama lagi...
Pengalaman seperti ini amat penting buat belia-belia Felda dalam usaha
membawa belia kearah sukan permotoran melalui saluran sebenar dan memartabatkan sukan bermotor sebagai satu industri.... MAG2012
membawa belia kearah sukan permotoran melalui saluran sebenar dan memartabatkan sukan bermotor sebagai satu industri.... MAG2012
Tuesday, August 7, 2012
MAG1C@ TENTATIF PROGRAM EIMARace 2012
Educational Innovation of Motorsports & Automotive Race (EIMARace) ialah pertandingan
inter - institusi yang dibuka kepada institusi – instittusi pengajian tinggi awam/swasta, Kolej, Politeknik dan institusi kemahiran yang mengetengahkan pendidikan melalui sukan bermotor.
EIMARace ialah platform bagi para pelajar untuk mengaplikasikan ilmu dan teori yang dipelajari serta meningkatkan kemahiran mereka khususnya dalam bidang automotif. Pelajar akan merekabentuk prototaip kenderaan perlumbaan (kart), membina, menganalisis serta berlumba dengan kart yang mereka bina.
EIMARace 2012 merupakan edisi ke-empat yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia International Campus dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan dan Kerajaan Negeri Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)